Kruiser Jerman Karlsruhe
Kruiser Jerman Karlsruhe

Kruiser Jerman Karlsruhe

Untuk kapal dengan nama yang sama, lihat Senarai kruiser Jerman bernama Karlsruhe.Karlsruhe adalah kapal kruiser ringan, anggota kedua kelas Königsberg dan berkhidmat dari November 1929 hingga Mei 1938, dan sekali lagi dari November 1939 hingga April 1940, dilihat beraksi dalam Perang Dunia II. Ia telah dikendalikan oleh dua tentera laut Jerman, iaitu Reichsmarine dan Kriegsmarine. Ia mempunyai dua kapal kembar, Königsberg dan Köln. Karlsruhe mula dibina pada 27 Julai 1926 di limbungan Deutsche Werke, Kiel, dilancarkan pada Ogos 1927, dan ditauliahkan kedalam Reichsmarine pada November 1929. Ia dipersenjatai dengan 9 meriam utama 15 sm SK C/25 dalam turet kembar tiga dan mempunyai kelajuan tertinggi 32 knot (59 km/j; 37 mph).Seperti kembarnya, Karlsruhe berkhidmat sebagai kruiser latihan bagi kadet laut pada 1930an. Semasa Perang Saudara Sepanyol, ia menyertai rondaan bukan-intervensi diluar pantai Sepanyol. Ia sedang dalam proses dimodenkan pada permulaan Perang Dunia II pada September 1939, dan dengan itu tidak bersedia untuk beraksi sehingga November 1939. Pada April 1940 Karlsruhe mengambil bahagian dalam Operasi Weserübung, iaitu pencerobohan Norway. Ia mendaratkan pasukan askar di Kristiansand, tetapi semasa pulang ke Jerman pada 9 April, ia di tembusi sebiji torpedo dari kapal selam Royal Navy HMS Truant dan mengalami kerosakan teruk. Tidak dapat kembali ke pelabuhan, Karlsruhe telah dilubangtenggelamkan oleh sebuah pengiring bot torpedo Jerman. Bangkai kapalnya telah ditemui pada Jun 2020 di Jurang Norway, 24 km (13 nm) tenggara Kristiansand pada kedalaman 490 m (1,610 ft).